Kurik Kundi Merah Saga | Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
Kurik Kundi Merah Saga | Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun. |