Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasa-rasa

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)

215

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPanas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBaju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak.
Kurik Kundi Merah SagaBurung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak.
Kurik Kundi Merah SagaHari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaHari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?
Kurik Kundi Merah SagaEmas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.
Kurik Kundi Merah SagaBatang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun.
12345678910...

Kembali ke atas