Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raut] | راءوت

Definisi : ; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) ro­tan dll, seraut, siraut; beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun); meraut meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raut] | راءوت

Definisi : = rautan bentuk, potongan, roman, tampang; ~ badan bentuk (sikap) tubuh; ~ muka (wajah) tampang muka, roman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raut] | راءوت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kendi, Numenius arquata orientalis; burung pisau ~ sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raut] | راءوت

Definisi : ; beraut sudah dilicinkan: lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun). meraut melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raut
Kata Terbitan : meraut,

Puisi
 

Apa guna pisau raut,
     Raut rotan buat ampaian;
Tidak terkail ikan di laut,
     Walau umpan bersalut intan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan),
     bongkok diri sendiri tinggal kekal.

Bermaksud :

Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.
12

Kembali ke atas