Kurik Kundi Merah Saga | Kolek-kolek perahu Cina, Fajarlah rawan dalam perahu; Sungguhlah molek orang betina, Awallah janji tak siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati selindung awan, Suka hinggap atas pintu; Dalam hati sangat rawan, Mulalah awak tunang aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ah Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan. |