Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bab] | ربب

Definisi : sj alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga; berebab menggesek rebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebab

Puisi
 

Bergesek rebab bertali dua,
     Mari gesek bertali kain;
Mari adik bersahabat dua,
     Bersahabat saya nanti pergi ke lain.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaBergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain.
Kurik Kundi Merah SagaSusunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.
Kurik Kundi Merah SagaSusunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.
Kurik Kundi Merah SagaRisik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.
Kurik Kundi Merah SagaBermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang.

Kembali ke atas