Kurik Kundi Merah Saga | Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Darilah mana kajangku tiris, Dari pucuk sampailah ke rebung; Darilah mana kupandang manis, Darilah rusuk sampailah ke punggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung. |