Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.mu/] | رموق

Definisi : = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali; meremukkan, meremuk-redamkan meng­­­­­­­­­­­­­­hancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya; keremukan perihal atau keadaan remuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.mu/] | رموق

Definisi : , = ~-redam hancur menjadi kecil-kecil; hancur luluh; hancur berkecai. meremukkan, meremuk-redamkan menjadikan remuk; menghancurkan; merosakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remuk (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, luluh, berkecai, bersepai, pecah-pecah, renyuk, ripuk, relai, rapun;,
Kata Terbitan : remuk-redam, meremukkan, meremuk-redamkan,

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRemuk redam kapal di tanjung, Habis pecah diamuk badak; Rindu dendam sama ditanggung, Hendak menangis bukan budak.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak main keriku, Kaca remuk dalam puan; Kalau tidak jadi di situ, Hati remuk kerana tuan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak main keriku, Kaca remuk dalam puan; Kalau tidak jadi di situ, Hati remuk kerana tuan.
Kurik Kundi Merah SagaHijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan.
Kurik Kundi Merah SagaPasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaDemang-demuk kapal di Tanjung, Nampak dari Pulau Jerjak; Remuk-redam badan menanggung, Hendak menangis bukannya budak.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.

Kembali ke atas