Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan); berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~;~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg me­nelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia; berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan; merenangkan membawa berenang, mem­biarkan berenang: Benderang dititahkan ba­ginda ~ rantai terlalu besar, maka di­renang­­kan oleh Benderang dgn Badang rantai itu; renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu; perenang ahli sukan renang, ahli renang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renang I

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.
Kurik Kundi Merah SagaIkan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara.
Kurik Kundi Merah SagaTidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya saja terkenang-kenang, Abang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya sahaja terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Sahaja saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Mati seekor di dalam padi; Duduk siang terkenang-kenang, Tidur malam termimpi-mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai si bunga jagus, Anak itik renang-renangan; Kalau sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan.

Kembali ke atas