Kurik Kundi Merah Saga | Riak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |