Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens; ~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Anisophylla scor­techinii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu-ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu merentang jalan, Ular lidi merentang tasik; Ribu-ribu orang di jalan, Adik seorang terpandang cantik.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu di tepi jalan, Den tanam kunyit timbal balik; Kalau rindu anak berjalan, Usah dikenang dagang tak berbalik.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu bina langkahku, Jikalah bubuk tidak bertulang; Jika rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu.
Kurik Kundi Merah SagaBeribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke gaung; Kalaulah rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaApa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.
12

Kembali ke atas