Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.ba] | ريمبا

Definisi : hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagai-bagai hutan; ~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya (belan­tara) hutan yg sangat besar; merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi tubir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rim.ba] | ريمبا

Definisi : kawasan luas yg ditumbuhi pokok-pokok dan belum pernah dibuka orang; hutan ~ hutan yg luas dan besar; hutan belantara; ~ raya rimba yg sangat luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimba (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, hutan, belukar, semak, samun.,

Puisi
 

Sayang di rimba tumbuhnya rotan,
     Tumbuh menjalar di luar kota;
Siang malam jadi sebutan,
     Adinda seorang hanya tercinta.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana tidak di rimba, Lalu jatuh dari durinya; Bagaimana tidak dicinta, Hatiku hancur mengenang budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBerteriak burung di rimba, Parak bertagur di hujung kayuan; Anjang perak layar kesumba, Seperti pungguk merindu bulan.
Kurik Kundi Merah SagaHujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.
Kurik Kundi Merah SagaKampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling.
Kurik Kundi Merah SagaSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaKemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya.
Kurik Kundi Merah SagaYam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.
1234

Kembali ke atas