Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, be­rigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : mata wang yg bernilai seratus sen: ~ Malaysia. seringgit seratus sen; satu ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringgit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besi baik dibajai (= diringgiti).

Bermaksud :

Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi.

 

Lihat selanjutnya...(2)

566

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Boyan balik ke Boyan, Bawa duit satu ringgit; Niat hati nak getah bayan, Tergetahlah mari burung serindit.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati; Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang bahasa dan budi.
Kurik Kundi Merah SagaPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Turun ke tanah makan padi; Duit ringgit saya tak sayang, Asal berkenan di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil cincin sarung di jari, Pakai oleh budak-budak; Kalau berniaga ringgit sendiri, Cili garam taukeh juga.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak kera di bukit, Ada seekor lutung mawa; Kalau banyak ringgit di poket, Kawan tak biasa tegur nama.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa.
12

Kembali ke atas