Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSerindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api?
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.
Kurik Kundi Merah SagaSayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?
Kurik Kundi Merah SagaOrang sasau buat kerja, Hisap rokok asap berkepul; Kalau pisau kurang baja, Makin diasah makin tumpul.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau cik tuan selasih dani, Ayam kokok Tanjung Jati; Kalau cik tuan kasihkan kami, Hulurkan rokok dengan api.
Kurik Kundi Merah SagaApa siapa tiga terajur, Nampak mari Gunung Datuk; Hati saya sudah hancur, Kena ilmu dalam rokok.
12

Kembali ke atas