Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rosaklah

Puisi
 

Ayonglah si kunang-kunang,
     Ia bernama si bunga pinang;
Rosaklah di laut boleh kurenang,
     Rosak di hati tidak kusenang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau tak pandai menggelamai,
     bercirit kambinglah kelak,
dikunyah patah gigi,
     ditelan sembelit.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRosaklah kasut jalan ke pasir, Takutlah kaki terajuk duri; Rambutku kusut tersisir, Bawa mengenang nasib sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAyonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.

Kembali ke atas