Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotan;

Puisi
 

Rotan batu simpul pulih,
     Pauh percik dalam cawan;
Bagaimana hendak boleh,
     Tahan racik pintu awan.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kerat rotan,
     patah arang.

Bermaksud :

Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.
Kurik Kundi Merah SagaRotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Kurik Kundi Merah SagaRotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak rotan Seberang Benta, Mari jual ke dalam pekan; Bagai hujan datangnya senjata, Adinda tidak abang lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.
Kurik Kundi Merah SagaKe hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya.
Kurik Kundi Merah SagaSekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.
Kurik Kundi Merah SagaAyam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk.
Kurik Kundi Merah SagaSayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.
123

Kembali ke atas