Kurik Kundi Merah Saga | Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panjang janggut Si Tuan Tambi, Panjang seratus sembilan puluh; Nasib apalah di tahun ini, Padi ditanam lalang yang tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. |