| Kurik Kundi Merah Saga | Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Baiklah baik memincang payung, Naik ke lampau memukul gendang; Kalau sudah hatiku hayung, Rugi sedikit mana dipandang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi. |