| Kurik Kundi Merah Saga | Di sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kupu-kupu di batang kopi, Patah dahan kulit terkopak; Saya umpama rumput di bumi, Rendah dari rumput yang banyak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang. |