Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat; Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi petang siang malam, Tinggi rendah panjang lebar; Di luar pisang racun di dalam, Penawar mudah banyakkan sabar. |