Kurik Kundi Merah Saga | Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. |