Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari ketujuh dlm seminggu, selepas hari Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabtu

Puisi
 

Malam ini malam Sabtu,
     Malam besok malam Ahad;
Rupa yang tujuh menjadi satu,
     Inilah jalan jalan makrifat.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaDaun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.

Kembali ke atas