Kurik Kundi Merah Saga | Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. |