Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. me­nyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tinggal kain sehelai sepinggang.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak lambung-lambungan, Jatuh sebiji di sawah padi; Saya jalak ayam sabungan, Di sini tempat kutempa mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak di dalam hutan, Buah masak tergantung tinggi; Jika sudah salah buatan, Jangankan untung bertambah rugi.
Kurik Kundi Merah SagaPohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaLandak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli.
Kurik Kundi Merah SagaBuah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang.

Kembali ke atas