Definisi : 1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama; menyamaratakan menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; penyamarataan proses menyamaratakan se-suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : 1 tidak tinggi rendah keadaannya (ttg sesuatu permukaan); rata seluruhnya. 2 = ~, sama rasa semuanya sama; tidak ada perbezaan (ttg pangkat, peluang dll). menyamaratakan 1 meratakan sesuatu permukaan supaya sama seluruhnya. 2 tidak membeza-bezakan; menyamakan semuanya. 3 menganggap semuanya salah dsb. penyamarataan perbuatan atau hal menyamaratakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)