Kurik Kundi Merah Saga | Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak hanyut berdetik, Alunan berlayar dari hulu; Buah masak baik dipetik, Masam manis baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kolek perahu Melayu, Habis terbakar papan lunasnya; Akar membelit di pohon kayu, Kalau tak batang papan lunasnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan besar dari Daik, Dipukul ribut lalu tenggelam; Kalau asal buah yang baik, Jangan bimbang jika diperam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak perahu Cina, Sarat muat dalam peti; Kalau tuan ingatkan saya, Taruh-taruhlah dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kolek di Pulau Jemaja, Pulau Sibu tempat bayangan; Wajah yang molek ditatap saja, Hati yang satu digadai jangan. |