Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.na] | سان

Definisi : 1. tempat yg jauh atau yg dianggap jauh: di dlm kolam ~, ramai orang yg sedang mandi; 2. bp dia, orang yg ketiga; pihak ~ pihak lawan (dlm permainan dll); di sana tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; ke sana menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; kesanakan ark sebelah sana, jauh sedikit; dikesanakan 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan (drpd kumpulan, keluarga, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : tempat, tempat duduk (dlm kata maj-muk); singgah~ takhta kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : ® angsana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na] | سان

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg jauh atau yg dianggap jauh dr orang yg bercakap: Mari kita berjalan-jalan di tepi kolam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)

288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak.
Kurik Kundi Merah SagaSana merak sini merak, Merak seekor makan jagung; Sana hendak sini hendak, Badan seorang mana nak tanggung.
Kurik Kundi Merah SagaSana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati.
Kurik Kundi Merah SagaKe sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDi sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka.
Kurik Kundi Merah SagaDi sini gunung di sana gunung, Sama dengan Gunung Sebandi; Di sini bingung di sana bingung, Sama dengan penerang hati.
Kurik Kundi Merah SagaBalik sana muda derdap, Perahu ada galah tiada; Laksana bunga dedap, Merah ada baunya tiada.
Kurik Kundi Merah SagaDari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.
Kurik Kundi Merah SagaBalik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaDi sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.
12345

Kembali ke atas