Kurik Kundi Merah Saga | Buah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. |