[san.dar] | ساندر
Definisi : ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[san.dar] | ساندر
Definisi : = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[san.dar] | ساندر
Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[san.dar] | ساندر
Definisi : ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (membiarkan diri) bersandar pd: Dia dilarang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 meletakkan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat bersandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[san.dar] | ساندر
Definisi : , = sandaran 1 pertolongan; bantuan; sokongan. 2 barang yg dijadikan tanggungan hutang; barang gadai. 3 ist sumber (yg mengandungi salinan fail utama) yg boleh digunakan utk menggantikan sumber utama yg gagal beroperasi atau terhapus dlm sistem komputer. bersandar berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. bersandarkan bergantung pd; bertumpu pd: Hidupnya hanya ~ belas kasihan jiran tetangga. menyandarkan 1 mengharapkan pertolongan orang; menggantungkan nasib dsb pd: Dia ~ nasibnya kpd orang tuanya. 2 menjadikan sesuatu sbg sandaran (barang tanggungan hutang): Suaminya ~ cincin berliannya utk meminjam wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)