Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri? |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke hutan mencari akar, Sambil duduk bersiar-siar; Sebab dipikat burung di sangkar, Burung di hutan terlalu liar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar menyusur bukit, Satu kapal dua serombong; Bagaimana hati tak sakit, Satu sangkar dua burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari menanam pokok rambutan, Pergi ke hutan mencari akar; Sungguh banyak burung di hutan, Mengapa dipikat burung di sangkar. |