Kurik Kundi Merah Saga | Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lemak manis santan kelapa, Buah berangan dalam padi; Hitam manis anak siapa, Rasa berkenan dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api embun berderai, Ramas santan di dalam mangkuk; Hajat hati malas bercerai, Ibarat ikan meninggal lubuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut. |