| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan pelikat hijau, Letak mari haluan perahu; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati siapa tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan bersegi empat, Lalu ditinggal batu empat; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa melihat. |