Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu. |