Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu.sa.tu] | ساتو٢

Definisi : 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satu-satu

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(63)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Macam mana pandai tupai melompat, Adakalanya jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh lapan; Bila kupandang ikan melompat, Kuhulur pancing kenapa tak makan?
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.
12345678910...

Kembali ke atas