Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau berdagang; ~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dgn saudagar kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau ber­dagang secara besar-besaran: ~ bijih timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar

Puisi
 

Ambil galah jolok jantung,
     Jatuh sebiji tepi paya;
Saudagar tidak beruntung,
     Hendak mengadu dagang saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi.

Kembali ke atas