Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wa] | ساوا

Definisi : I sj ular yg besar; ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular, Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~ meng-ampai sj ukiran awan larat; apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) meng-harapkan sesuatu yg bukan-bukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : Kl tidur selepas makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wa] | ساوا

Definisi : berbagai-bagai jenis ular yg besar. ular ~ ular besar (yg panjangnya boleh mencapai sehingga 8.5 meter) yg memakan berbagai-bagai jenis burung dan mamalia, Phyton reticulatus. ular ~ katak ular sawa yg pendek (kurang drpd 2.74 meter) berkepala kecil dan runcing ekornya, Phyton curtus. ular ~ rendam (batu) Phyton molurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawa

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai.
Kurik Kundi Merah SagaKulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.
Kurik Kundi Merah SagaAsuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.

Kembali ke atas