Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.rang] | سبارڠ

Definisi : biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati; Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaBukan lada sebarang lada, Lada burung dari seberang; Bukan janda sebarang janda, Janda baru beranak seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.
Kurik Kundi Merah SagaBukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang.
Kurik Kundi Merah SagaAngin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.
Kurik Kundi Merah SagaBukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu.
Kurik Kundi Merah SagaKentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati.
123

Kembali ke atas