Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebesar

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sebesar-besar bumi ditampar tak kena.

Bermaksud :

Perkara yang nampaknya saja mudah, tetapi sukar menyelesaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Dibungkus dengan sekarung kain; Sungguh buruk hati berkenaan, Tidak saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.

Kembali ke atas