Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tutuh pelam tutuh keranji, Tutuh sedahan lebat amat; Sebulan boleh dinanti, Setahun lambat sangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah perang buah keranji, Buah pauh lebat sangat; Kalau sebulan boleh dinanti, Kalau setahun lambat sangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tegak jalan ke pekan Meranti, Letak pitis di punca kain; Kalau sebulan dapat dinanti, Kalau setahun baik dicari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu. |