Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutir

Puisi
 

Nyiur berkayuh pantai berlaut,
     Jatuh sebutir membilang tandan;
Abang sebutir bermain laut,
     Adik tinggal membilang bulan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMenjemur kacang di hari panas, Isi di nyiru orang seberang; Sebutir pisang sebutir nanas, Mana satu rezeki musang?
Kurik Kundi Merah SagaNyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan.
Kurik Kundi Merah SagaNak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput.
Kurik Kundi Merah SagaAyung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu.
12

Kembali ke atas