| Kurik Kundi Merah Saga | Secupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rendam selasih rendam semarang, Rendam secupak jadi segantang; Dulu kasih malam dan siang, Kini menjadi harimau garang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal datang dari seberang, Naik ke darat membeli kapak; Sudah nasib badan seorang, Beras segantang tinggal secupak. |