Kurik Kundi Merah Saga | Sedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun selasih si daun bayam, Bunga teratai di tengah laman; Rasa sedih tidur seorang, Peluk ke bantal buatlah teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi. |