Kurik Kundi Merah Saga | Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lenggang-lenggang si kuih lenggang, Lenggang sedikit dalam kuali; Emak melarang bapa melarang, Larang sedikit tidak peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sedikit kerana duri; Adik bukan abang pun bukan, Sangkut sedikit kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit. |