Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Brunei, Suka bermain baling-baling; Seekor lang seekor punai, Cuba buangkan bisa di daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat. |