Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala macam.

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMacam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh.
Kurik Kundi Merah SagaSampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik.
Kurik Kundi Merah SagaApa khabar tamu Acheh, Kalau Acheh rasinya; Macam mana berkasih, Kalau kasih ada budinya.
123456

Kembali ke atas