Definisi : 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur, Batrachostomus auritus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 tidak mahu atau tidak suka melakukan sesuatu; malas; enggan: Sesiapa yg ~ bekerja, tidak akan senang hidupnya. 2 = ~ silu berasa malu atau hormat: Mereka semua ~ kpd Pak Lebai itu. menyegani menaruh rasa segan kpd; berasa hormat atau takut kpd: Kami semua sangat-sangat ~ dia. penyegan 1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)