Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segantang

Puisi
 

Laksamana menyukat beras,
     Sukat mari segantang padi;
Timbang baik kalau jelas,
     Baru senang berjual beli.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Bermaksud :

Sangat lemah; tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli.
Kurik Kundi Merah SagaSecupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaJin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati.
Kurik Kundi Merah SagaSudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang.
Kurik Kundi Merah SagaSudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.
Kurik Kundi Merah SagaRendam selasih rendam semarang, Rendam secupak jadi segantang; Dulu kasih malam dan siang, Kini menjadi harimau garang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon bendera pohon ketapang, Pohon kemboja melintang titi; Anak dara dua sekupang, Kalau janda segantang padi.
12

Kembali ke atas