Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu Raja Pahlawan, Sehari-hari duduk di kota; Bukanlah bumi dilengkong awan, Bulan matahari mahu serta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |