Kurik Kundi Merah Saga | Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang serusup tiang balaiku, Penyucuk mari kayu simpur; Kasilah sigup sama kiraiku, Minta cukupi pinang sekapur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur. |