Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekerat

Puisi
 

Baju cik tangan sekerat,
     Habis minyak sebelah bahu;
Perkara sedikit jangan duk melarat,
     Kerana nanti banyak orang tahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Kurik Kundi Merah SagaBaju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.
Kurik Kundi Merah SagaJantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir.
Kurik Kundi Merah SagaPisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
12

Kembali ke atas