| Kurik Kundi Merah Saga | Sekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Telur ayam labuhan kapal, Berlabuh turun ke sekoci; Bunga layu kebunlah tinggal, Kumbang mana menghimbau lagi. |